Kehidupan awal dan pendidikan Azhar_Idrus

Ustaz Azhar Idrus lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Ustaz Azhar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Oleh yang demikian, beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama. Hakikatnya, Azhar Idrus tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang pengajian Islam.

Namun, beliau mendakwa mulai belajar agama secara sendiri melalui ceramah ceramah yang disampaikan di masjid, sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Beliau juga mendakwa pernah belajar dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar; (40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi); Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 26 tahun); Tuan Guru Mohd Hakim (Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh); Tuan Guru Hj Hasyim (Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh);Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah); Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu Fiqh & Nahu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).[perlu rujukan] Akan tetapi, dakwaan beliau ini tidak dapat disahkan kerana, guru-guru agama yang disebutkan tidak mengenali beliau.